Wednesday, June 26, 2013

APR Aviation Training Center Expands to East Malaysia

APR - ATC atau nama sebenarnya Aeroprecision Resources, Aviation Training Center Sdn Berhad had signed up an agreement with the Sarawak arm, PPKS dan Hornbill Skyways to conduct programs leading to License Aircraft Engineer License in the near future.


This was posted in the Borneo Post below...
APR-ATC rancang lahirkan beribu jurutera pesawat dari Sarawak
Posted on June 25, 2013, Tuesday
KUCHING: Aero Precision Resources – Aviation Training Centre Sdn Bhd (APR-ATC) merancang untuk melahirkan beribu jurutera pesawat dari Sarawak pada tahun-tahun akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Amirudin Abdul Ghani berkata ia adalah antara usaha merapatkan jurang di Asia Timur dan Malaysia dari segi kekurangan jurutera pesawat.
“Terdapat banyak perkembangan penerbangan di Semenanjung Malaysia dan kami sedang dalam usaha melanjutkan kepakaran di Malaysia Timur terutama di Sarawak untuk menjadi jurutera pesawat.
“Kami juga mahu mereka menjadi sebahagian daripada industri penerbangan di negara kita,” katanya ketika ditemui selepas mewakili APR-ATC pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Hornbill Skyways Sdn Bhd bagi Program Jurutera Penyelenggaraan Pesawat Teknikal (TAME) di Sarawak, di sini semalam.
Menjelaskan mengenai sasaran APR-ATC, Amirudin berkata seramai 16,000 orang diperlukan di seluruh negara menjelang tahun 2020 dan angka ini juga termasuk juruteknik dan jurutera.
“Seperti yang kita boleh lihat iaitu perkembangan syarikat penerbangan seperti kemasukan Malindo Air serta syarikat penerbangan sedia ada seperti MAS, AirAsia dan MASwings, kita dapati tidak banyak jurutera penerbangan di Malaysia Timur.
“Itulah sebabnya kami mengambil keputusan untuk datang dan membantu Malaysia Timur,” katanya.
Justeru, beliau berharap usaha sama yang dimeterai dengan PPKS dan Hornbill Skyways akan membuka lebih banyak peluang kepada anak Sarawak untuk menjadi jurutera pesawat.
Berhubung rancangan pengambilan pelajar, Amirudin menjelaskan ia adalah bergantung kepada kapasiti di mana TAME mengambil masa tiga hingga empat tahun.
“Kami akan menjalankannya secara berperingkat dan mungkin akan mula mengambil kira-kira 250 pelajar setahun jika mereka mempunyai kapasiti,” katanya sambil menambah program TAME akan bermula pada tahun ini di PPKS selepas segala urusan antara kesemua pihak selesai.
Menurut Amirudin, gaji purata seorang jurutera pesawat adalah antara RM5,000 hingga RM15,000 bergantung kepada kelayakan yang dimiliki kerana lesen bukan sahaja diiktiraf di bawah sistem pelesenan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.
“Standard kami adalah berasaskan standard Eropah dan lesen Malaysia di bawah DCM566 juga bersamaan dengan standard Eropah.
“Oleh itu, jurutera kami di Malaysia amat dicari terutama di Timur Tengah,” katanya.






Read more: http://www.theborneopost.com/2013/06/25/apr-atc-rancang-lahirkan-beribu-jurutera-pesawat-dari-sarawak/#ixzz2XKSth1eE